Posted by: sham | January 13, 2009

PRK036 – Hudud Bukan Isu, Pas Bukan Masalah

Berikut adalah translasi sedutan dari tulisan Raja Petra di Malaysia Today.

Raja Petra

Raja Petra

Isu negara Islam dan undang-undang Hudud yang dimainkan oleh Umno adalah semata-mata untuk menakutkan pengundi-pengundi berbangsa Cina. Cuba anda bertanya kepada Umno tentang  pendirian mereka berkenaan negara Islam. Mintalah Umno mengisytiharkan bahawa mereka benar-benar menentang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan adakah mereka tidak bersetuju dan tidak akan bersetuju dengan undang-undang Islam.

Tanyalah kepada Umno kenapa mereka menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat yang beragama Kristian yang nyata tidak berpuashati dengan polisi kerajaan pimpinan Umno berkenaan gereja dan kitab injil. Ini berlaku di peringkat persekutuan dan hanya di negeri-negeri yang diterajui Umno. Orang-orang Kristian tidak menghadapi masalah di negeri-negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, termasuk di Kelantan. Bukankan Umno, tidak Pas, yang gagal bertoleransi dengan masyarakat bukan Islam? Ini adalah kenyataan dan telah dibuktikan dengan kejayaan Pas menerajui Kelantan selama 20 tahun.

Mengapa Umno menuduh Pas sedangkan mereka yang tidak bersikap toleransi dengan masyarakat bukan Islam? Ramai yang menolak Pas kerana takut kepada Islam, tetapi Pas bersikap toleransi dan banyak membantu masyarakat bukan Islam. Kerajaan Kelantan menawarkan kebenaran kepada bukan Islam untuk membina tempat ibadat mereka, walaupun mereka tidak memohon dari kerajaan negeri. Sebaliknya, kerajaan pimpinan Umno kerapkali menidakkan kebenaran untuk bukan Islam berbuat demikian.

Umno yang patut disoal tentant pendirian mereka berkenaan negara Islan dan undang-undang Islam. Pas tidak ada kuasa. Pas tidak akan berkuasa. Pas hanya mempunyai 23 kerusi Parlimen. Jika Pas menang di Kuala Terengganu, mereka akan ada hanya 24 kerusi Parlimen. Pas tidak mungkin memperolehi lebih daripada 30 kerusi di Parlimen. Walaupun pada zaman cemerlang, contohnya di tahun 1999, Pas hanya memenangi 27 kerusi. Lagipun, pada setiap pilihanraya umum Pas hanya bertanding di 60 kerusi Parlimen, tidak mungkin mereka menang lebih dari itu.

Umno yang menerajui kerajaan persekutuan, mereka yang menentukan polisi dan undang-undang. Umno yang memberi pelbagai masalah kepada bukan Islam. Kenapa Pas yang dipersalahkan? Kenapa Pas yang ditakuti oleh masyarakat bukan Islam? Saya tidak faham, masyarakt bukan Islam takut kepada Pas yang tiada kuasa pemerintahan, dan tidak kepada Umno yang telah memerintah sekian lama dan menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat bukan Islam. Tidak logik!

Apakah pendirian Umno tentang negara Islam dan undang-undang Islam? Tanya mereka. Beranikah Umno mengatakan mereka menentang negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam? Atau sebaliknya, beranikah Umno mengatakan mereka menyokong negara Islam dan akan menegakkan undang-undang Islam? Sekurang-kurang Pas jujur dan membuat kenyataan berkenaan perkara tersebut. Umno bagaimana?

Umno ialah masalah kepada masyarakat bukan Islam, bukan Pas.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: