Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya.
KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen dan Pemuda Umno selangor bergaduh di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan ‘kasar’ semalam. Insiden pergaduhan yang berlaku -ada pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli yang diketuai oleh Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pekarangan Parlimen.
Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan “Pemuda Umno celaka” dan meminta maaf kepada mereka. Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.
Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila dua ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.
Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut. Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.
Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya. Cabar- mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.
Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi BNBBC, Datuk Tiong King Sin dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.
Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri dari mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda Umno celaka.
“Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani,”katanya.
Sumber : MStar
Sungguh menghairankan sekali,
Bangunan Parlimen yang sentiasa di kawal ketat itu sesenang itu dibolosi oleh samseng-samseng Pemuda UMNO.
Polis kena ambil tindakan terhadap samseng-samseng ini..jangan apabila pembangkang cepat sangat kamu bertindak. Setakat ini, untuk berdemontrasi di luar pagarpun agak sukar, ini sampai ke dalam boleh menyerang Ahli-Ahli Parlimen, apa cerita ni?
Pemuda Umno tak usah nak jadi “samseng taik kucinglah”. Apa yang ada pada melayu sekarang ini pimpinan kamu sudah gadai terlalu banyak kepada bukan bumiputera. Kenapa tak tunjuk samseng kepada dia orang? Penakut, pengampu, bacul dan dayus sekali apabila sesenang itu Singapura lepas bebas dari genggaman “Bangsa Melayu” konon.
Bagaimana pula pulau-pulau di perairan kita lepas satu satu jatuh ke tangan orang lain. Pemuda Umno sebenarnya sama sahaja dengan kumpulan Fatah di Palestin. Berjuang untuk perut mereka sahaja. Apabila berperang dengan Israel mereka lari.
Percayalah kekuatan kita bukan bangsa tetapi Agama. Bangsa tidak menanam jihad dalam perjuangan tetapi menyemai semangat yang hanya tin kosong sahaja. Semangat hanya bersama semasa menang akan tetapi akan lari sebagai pengecut apabila kalah. Sedangkan jihad menang kalah bukan ukurannya tetapi benar dan keredhaan Allah adalah segala-galanya. Jihad tidak akan membunuh dalam kemarahan tetapi semangat akan membakar tanpa mengira dosa dan neraka. Fikirkanlah wahai pemuda Umno, dunia belum kiamat…
Leave a Reply