Posted by: emashitam | January 3, 2009

PRK KT

dari DAC3113

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dijadikan oleh Allah SWT untuk memimpin diatas mukabumi ini. Namun ada di kalangan manusia yang menjalankan amanah dengan sebaiknya dan ada pula yang sebaliknya. Malapetaka yang menimpa di bumi adalah di faktorkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak mengikut ajaran Allah. Selain itu ada juga malapetaka kerana Allah mahu menguji sejauh mana keimanan seseorang itu. Oleh itu sebagai hamba Nya kita hendaklah menerima apa sahaja ketentuan Allah.

Soal kalah menang PAS di Kuala terengganu merupakan suatu manifestasi yang harus di fikir bersama. Walaupun saya penganalisis politik, sukar untuk menjangka menang atau kalah. Ini kerana situasi Terengganu itu sendiri. Faktor dalaman PAS dan faktor dalaman UMNO perlu di analisis secara serius. Faktor calon dan faktor isu semasa. Namun begitu berdasarkan suasana sekarang, di agakkan PAS ke depan dari UMNO kerana isunya Puak Idris Jusoh dan Mohamad Said. PAS pula tidak mempunyai puak tetapi jangan pula PAS Terengganu cuba menutup pintu untuk orang luar membantu dan sebaliknya kena sentiasa berhati-hati.

Faktor calon pula PAS kena tonjolkan calon terbaik dan di terima masyarakat. Setakat ini saya berpendapat Dr Sayyid Azman dan Dato’ Wan Mutalib di antara yang terbaik dan boleh di tonjolkan.


Responses

  1. Ambo berpandangan pilihanraya kecil Kuala Trengganu akan menjadi medan yang hebat bagi kedua-dua parti yang bertanding. Ini tidak termasuk calon dari Bebas dan AKIM. Pun begitu saya dapat merasai pertandingan sebenar adalah antara PAS dan BN.

    Tinjauan ambo setakat ini kedudukan 50 : 50 apabila kedua-dua parti telah mengumumkan calon masing-masing. BN melalui Dato’ Mat Said telah mulai mengugut pengundi dengan tawaran 5.6 juta untuk pembangunan dalam bandar. PAS pulak akan mendedahkan penyelewengan BN sepanjang tempoh 2004 dan 2005. Oleh itu saya yakin pertarungan kali ini akan hebat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: