Posted by: emashitam | August 8, 2011

Kes Scorpene: Ke mana Najib mahu lari?

Sunday, August 7, 2011

Pihak polis Perancis telah berjaya memperolehi ‘dokumen penting’ dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian.

Najib, 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002.

Pada masa yang sama, rakyat juga kesal di atas harganya yang terlalu tinggi.

Dikhuatiri juga kapal selam yang serba canggih itu tidak sesuai untuk kawasan perairan Malaysia yang cetek.

Kapal-kapal tersebut masih tersadai di perairan Sabah pada masa ini dan jauh sekali digunakan.

Ada juga laporan yang menyatakan bahawa kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan sistem akibat ketidak stabilan perairan kita.

“Kita berkemungkinan akan dapat maklumat pertama berkaitan penyiasatan polis Perancis yang telah bemula sejak 18 bulan yang lalu pada bulan September.

Kita tahu bahawa polis telah menemui maklumat yang penting, “ berdasarkan kenyataan yang diberi Peguam Perancis William Bourdon kepada Asia Sentinel.

Personaliti VIP

William merupakan peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, NGO Malaysia yang telah membuat laporan bagi pihak rakyat terhadap DCN yang telah mendapatkan kontrak dengan cara tidak sah.

Di Perancis, memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak adalah kesalahan yang serius dan jika sabit kesalahan, DCN berhadapan kemungkinan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia akibat meninggikan harga pembelian kepada kerajaan Malaysia.

Peguam Perancis dijadualkan tiba pada hari Khamis, di mana beliau akan berucap di hadapan rakyat Pulau Pinang mengenai perkembangan terbaru kes tersebut.

Suaram juga telah memberi gambaran bahawa William juga akan memberi maklumat tentang beberapa lagi identiti yang terlibat di dalam skandal itu.

Pihak penyiasatan Perancis juga dipercayai telah dapat mengenalpasti individu penting yang turut menyertai Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu, ke Macau untuk menghadiri sebahagian dari rundingan kompleks untuk pembelian kapal selam. Altantuya Shaariibu telah menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Spekulasi hangat mengatakan bahawa individu itu adalah Najib sendiri.

Jika benar, ini akan membuktikan bahawa Najib bebohong mengenai dakwaannya tidak mengenali Altantuya.

Selain itu, Altantuya juga dikatakan pernah menjadi kekasihnya sebelum diperkenalkan kepada Razak yang juga merupakan orang kanan dan wakil Najib.

Pendedahan tersebut akan membuka ruang untuk perbicaraan semula kes pembunuhan yang menyaksikan dua bekas pengawal peribadi Najib dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuhnya.

Namun demikian, perancang pembunuhan tersebut dipercayai masih bebas.

Pesonaliti-personaliti lain yang terlibat dalam skandal besar itu juga telah dikenal pasti dan identiti mereka juga akan didedahkan.

William juga dijangka akan memberi kejutan tentang beberapa pemberian komisyen lain yang baru dibongkar oleh pihak penyiasat.

Lebih banyak lagi pembongkaran kotor akan diketahui melibatkan pembelian yang yang meragukan yang telah diketuai oleh Najib sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembelian peralatan pertahanan.

Tiada ruang untuk bersembunyi bagi Najib

Hanya jika kerajaan Perancis sanggup membantu Najib dalam mendiamkan kes, Najib mungkin sudah tidak boleh bersembunyi lagi.

Waktu yang diperlukan untuknya sudah semakin habis.

Bagi pihak yang memahami akan implikasi undang-undang bagi pihak Malaysia dan Perancis, adalah sukar untuk Najib melepaskan diri.

Najib tidak boleh mengelak untuk terpaksa memberi penjelasan kepada rakyat bukan sahaja tentang sejauh mana penglibatannya didalam rasuah, sekaligus pembunuhan Altantuya.

Umno juga tidak mampu untuk menyelamatkan Najib.

Dengan perbicaraan tentang skandal Scorpene yang bakal beerlangsung di mahkamah pada Ogos atau September, ramai di antara pemimpin parti yang tidak sabar untuk menyaksikan berakhirnya episod pemerintahan Najib yang dipenuhi dengan kegagalan, politik kotor dan rasuah yang berleluasa.

Kini, Najib telah merasakan tekanan yang kuat dan lebih memburukkan, dia telah mengambil beberapa keputusan yang tidak bijak.

Terbaru adalah kekerasan terhadap rakyat yang berarak bagi menuntut kebebasan dan ketelusan pilihanraya dua minggu yang lepas.

Ini mengurangkan populariti dan kredibiliti Najib yang semakin menjunam di mata rakyat justeru menjadikan Najib sasaran mudah.

Kerajaan BN sepatutnya melapor kepada pihak berkuasa Perancis apabila laporan mengenai skandal besar Scorpene mula-mula diketahui.

Namun, oleh kerana pengaruh Najib yang kuat, tiada seorang pun yang berani menuntut supaya siasatan awam dijalankan.

Peliknya, sejumlah 114 juta euro (RM570 juta) yang diberikan kepada firma Perimekar sebagai perjanjian sampingan hanya dianggap sebagai kontrak servis dan penyelengaraan sahaja.

Ironinya, umum mengetahui firma yang meragukan itu tiada langsung pengalaman dan rekod dalam industri berteknologi tinggi itu.

Banyak laporan telah diterima dari rakyat Malaysia yang musykil akan kos sebenar yang telah mencapai lebih dari RM7 bilion.

Nyata sekali Najib telah menyembunyikan kos sebenar dari Parlimen dan mengambil keputusan untuk sentiasa memohon bajet tambahan untuk menyelengara kapal-kapal tanpa memberitahu berapakah kos sebenar yang telah ditanggung oleh pembayar cukai.

Sehingga kini, polis Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah enggan mengambil tindakan untuk menyiasat kes ini.

Kisah lain disebalik perjanjian kotor

Berbagai soalan bakal diajukan oleh mereka yang akan menghadiri sesi bersama William pada 21,22 dan 23 Julai nanti.

Selain dari status kes dan pembongkaran yang telah dibuat, perhatian juga akan tertumpu pada Altantuya, si cantik yang malang, pernah menjadi juru bahasa untuk Baginda.

Apa yang bermain dalam minda rakyat Malaysia adalah apakah sebenarnya hubungan di antara Najib dan Altantuya?

Rakyat bukanlah ingin menjaga tepi kain hubungan antara Najib dan Altantuya tetapi ini penting untuk mengetahui sejauh mana PM yang merupakan DPM pada ketika itu sanggup berbohong untuk menjadi perdana menteri.

Jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi, anda mesti datang ke majlis makan malam untuk mendengar dan bertanya soalan, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysian Chronicle.JP

Posted by PASPB at 9:31 PM

Posted by: emashitam | July 21, 2011

Kembali semula

Salam buat semua, maaf le kerana saya lama tak mengharu birukan minda kekawan. Sedikit masaalah telah ganggu minda dan kelapangan. Bermula isteri saya sakit ” cancer -Lymphormal” selama lebih setahun hingga pulang kerahmatullah. Sesudah itu saya tukar jawatan kepada MR MAMA, wow, gawat. setelah hampir setahun barulah minda mula kembali normal dalam mengatur jadual kehidupan. Insyaallah kini bertemu lagi di arena.

Posted by: emashitam | July 18, 2009

Kenapa 65 ?

Pilihanraya Kecil Manik Urai Kelantan pada 14/7/09 telah menzahirkan satu keputusan yang menyatakan bahawa isu pembangunan masih relevan disitu. Ini dibuktikan oleh Kedua-dua Kawasan mengundi Manik Urai Lama dan Manik Urai Baru BN menang kali ini kerana janji BN nak buat jambatan baru yang boleh dilalui dari dua hala yang bernilai 7 juta. Sementara di Manjor Pula Dato Ibrahim Ali berjanji nak buat jambatan bagi menghubungi Kg Karangan dengan Kg Pemberian. Di Laloh Pula dijanjikan Satu Bandar Agropolitan akan dibangunkan.

“JANJI ITU AKAN DITUNAIKAN JIKA BN MENANG.”

Kemanakah peruntukan itu sekiranya BN kalah?. Ini jelas membayangkan bahawa Meng ANAKTIRI kan memang wujud didalam  satu (1)malaysia, DULU, KINI DAN SELAMANYA. Manik urai adalah kawasan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pehak bahawa pembangunannya adalah dibawah tanggongjawab KESEDAR, Kenapa pula nak jadikan isu politik. Kalau dulu Pengkalan Pasir, janji BN pun pelbagai yang tak tertunaikan. 

Jangan suka menabur janji, tunaikanlah dulu tanggongjawab sebelum mengadakan janji yang baru. Jangan ingat rakyat kelantan tak nampak dan tak ingat dengan pelbagai janji yang ditaborkan dulu. Dimanakah kilang gelugor yang Dato Pa rasmi diKuala Balah semasa PRU 2004, Dimanakah pula Bandar Proton Jeli yang dijanjikan pada PRU 1995 dulu. Sementara parit pencegah banjir diPasir Mas (janji PRK Pengkalan Pasir) pun sekadar separuh saja. Jalanraya Kota Bharu – Kuala Krai yang dijanjikan akan dilebarkan kepada 4 link(PRK Pulau Condong) cuma separuh-separuh saja.

Alaaah……. Banyaklah lagi kalau nak disebut. 

Lidah memang sah tak bertulang.

BUAT KE TAK BUAT, lihatlah nanti PRU 13, Apa keputusan rakyat kelantan.

Posted by: emashitam | June 14, 2009

Kenapa Husam diSERANG!!!!!

SALAHKAH HUSAM MENAWARKAN DIRI, MELONJAKKAN KEWIBAWAAN PARTI?

 Mengapa Husam diserang disegenap penjuru dan ruang. Tetapi begitulah adat resam dalam politik.

Kita tidak hairan jika diserang oleh musuh kerana sememangnya kerja musuh menyerang lawannya. Akan tetapi apabila KAWAN dan SAHABAT menyerang mungkin itu luar biasa. Persoalannya kenapa hanya Husam yang diserang bukan sahaja oleh musuh PAS – Media Perdana(utusan) dan pemimpin Umno, tetapi juga oleh KAWAN dan SAHABAT di dalam PAS.

Sahabat dan kawan pula lebih mempercayai bloggers tertentu yang mempunyai masalah peribadi.

Kenapa Husam menjadi sasaran mereka sehingga hilang rasa persaudaraan dan sekaligus mengambil alih tugas musuh PAS iaitu Umno?

Apakah Husam lebih bahaya daripada UMNO? Daripada BN?.

Sehingga kini ada dari kalangan kita yang berserban, berkopiah dan berjanggut panjang itu(segelintir) masih melempar fitnah kepada beliau dengan pelbagai fitnah tanpa sedikitpun merasa loya dan mual memakan daging saudaranya sendiri. Pelahapnya mereka meratah daging saudara sendiri!.

Kenapa “Sang Pengfitnah” itu tidak berani berjumpa dengan Husam sendiri? Mereka boleh bertanya dan bersoal jawab dengan beliau. Apakah lebih sedap dan gembira untuk melempar fitnah dari meminta penjelasan? Anda masih berpeluang meminta penjelasan daripada Husam. Pergilah berjumpa dengan beliau. Kalau benarlah beliau bersalah sebagaimana yang dituduh dan difitnah itu – jangan undi beliau. Akan tetapi menghukum beliau hanya kerana mendengar dari sebelah pihak kemudian mengiyakannya itu adalah satu pengkhianatan dan kezaliman ke atas beliau. Mahukah kita menzalimi saudara kita sendiri?

Apakah Husam tiada saham langsung dalam pemilikan bangunan pentadbiran PAS Pusat itu dimana penentang-penentang sulitnya juga berada dalam bangunan itu?

Sejuta kad ucap selamat Hari Raya daripada Datuk Seri Tuan Guru Presiden atas inisiatif siapa kalau bukan Husam?

Penerbitan buletin Pilihanraya untuk seluruh Negara, siapa yang cetuskan kalau bukan Husam?

Penubuhan TV PAS apakah bukan langkah daripada Husam?

Husam berjanji dengan Tok Guru Nik Aziz untuk melonjakkan tanggapan dan pandangan rakyat serta pengundi bahawa PAS masih mampu memerintah selepas PRU12.

Tiga janji Husam ialah mengadakan Skim Bantuan Kifalah, Dinar Emas dan penyelesaian hak milik tanah dengan Felcra. Kini ketiga-tiga itu telah mampu melonjakkan kemenangan PAS Kelantan dan hasilnya sudah dinikmati oleh penduduk Kelantan?

Salahkah Husam?

Tanyalah Datuk Mustapha Ali adakah Husam tidak membantu langsung Terengganu?

Kedah juga begitu, Husam membantu Datuk Seri Ustaz Azizan Razak. Salahkah Husam?

Bukan mengungkit tetapi sekadar menyedarkan bahawa Husam juga mahu berbakti kepada parti. Salahkah? Jadi janganlah sampai marahkan Husam tanpa disedari dalam waktu yang sama kita sedang bersekongkol dengan lidah-lidah UMNO – Utusan Malaysia yang sedang disaman oleh Husam.

Cuba kita perhatikan, pernahkah sebelum ini media-media itu memuji dan menyokong PAS atas dasar kepimpinan Ulama? Tidak pernah dan tidak ada. Namun kini media itulah yang seolah-olah Harakah mempertahan mati-matian kepimpinan Ulama PAS. Seolah-olah Husamlah yang akan menghancurkan Ulama di dalam PAS.

Husam juga didik oleh Ulama iaitu al-Marhum bapanya. Beliau diasuh politik dan agama oleh Tok Guru Nik Aziz sendiri. Beliau diajar bersederhana. Kereta dan rumah tidaklah mahal dan besar. Itulah ajaran ayahandanya.

Apabila musuh yang sebelum ini sedikitpun tidak menunjukkan belas kasihan membelasah kita tiba-tiba berhenti dari tindakan tersebut dan kemudiannya mengusap, memeluk dan mencium kita – apakah tidak ada apa-apa udang di sebalik batu?

Digambarkannya seolah-olah jika Husam menang jawatan Timbalan Presiden maka Husamlah yang akan menjahanamkan PAS. Husamlah musuh nombor wahid PAS. Husamlah yang amat berbahaya kepada PAS. Husamlah yang akan melawan Ulama. Kalau inilah yang digambarkan oleh media massa UMNO yang penuh dengan muslihat yang licik maka sudah pasti sebenarnya mereka amat takut kepada HUSAM. Jadi, kalau kita pula selaku ahli-ahli PAS menurut telunjuk dan mainan media massa ini maka sudah pasti kita sedang meniti di atas perancangan mereka – musuh kita.

Kenapa mereka tidak serang Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Mohamad Sabu?

Kerana bagi mereka keduanya bukan merbahaya kepada mereka. Yang merbahaya kepada mereka ialah HUSAM yang diistilahkan “Budak Cerdik” oleh pemimpin-pemimpin besar BN. Sebab itulah HUSAM mesti dikalahkan supaya tidak menjadi duri kepada Umno/BN. Persoalannya apakah kita ahli-ahli PAS tidak mahu kepada “Budak Cerdik” ini? Cukuplah kita tersiksa membaca cerita orang melayu membunuh Si Luncai dan Hang Nadim kerana kecerdikan mereka. Hendaknya tiada lagilah di zaman moden ini orang melayu apatah lagi orang Islam yang membunuh dan mengenepikan “Budak Cerdik” itu.

Terserahlah….. Cuma pastikan selepas PRU13 nanti, PAS menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya. Insyaallah! Tapi ingat! Kita ke Putrajaya bukan beriringan dengan UMNO/BN tetapi bergandingan dengan PAKATAN RAKYAT. Husam ada plan tindakan ke arah itu. JOMlah kita pakat-pakat merealisasikannya….

Dikirim dalam Isu Rakyat

Posted by: emashitam | March 1, 2009

Mudahnya Pemuda Umno ceroboh Parlimen

012290086Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya.

KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen dan Pemuda Umno selangor bergaduh di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan ‘kasar’ semalam. Insiden pergaduhan yang berlaku -ada pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli yang diketuai oleh Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pekarangan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan “Pemuda Umno celaka” dan meminta maaf kepada mereka. Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila dua ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut. Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya. Cabar- mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.

Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi BNBBC, Datuk Tiong King Sin dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri dari mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda Umno celaka.

“Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani,”katanya.

Sumber : MStar

Sungguh menghairankan sekali,

Bangunan Parlimen yang sentiasa di kawal ketat itu sesenang itu dibolosi oleh samseng-samseng Pemuda UMNO.

serang-karpal4Polis kena ambil tindakan terhadap samseng-samseng ini..jangan apabila pembangkang cepat sangat kamu bertindak. Setakat ini, untuk berdemontrasi di luar pagarpun agak sukar, ini sampai ke dalam boleh menyerang Ahli-Ahli Parlimen, apa cerita ni?

Pemuda Umno tak usah nak jadi “samseng taik kucinglah”. Apa yang ada pada melayu sekarang ini pimpinan kamu sudah gadai terlalu banyak kepada bukan bumiputera. Kenapa tak tunjuk samseng kepada dia orang? Penakut, pengampu, bacul dan dayus sekali apabila sesenang itu Singapura lepas bebas dari genggaman “Bangsa Melayu” konon.

Bagaimana pula pulau-pulau di perairan kita lepas satu satu jatuh ke tangan orang lain. Pemuda Umno sebenarnya sama sahaja dengan kumpulan Fatah di Palestin. Berjuang untuk perut mereka sahaja. Apabila berperang dengan Israel mereka lari.

Percayalah kekuatan kita bukan bangsa tetapi Agama. Bangsa tidak menanam jihad dalam perjuangan tetapi menyemai semangat yang hanya tin kosong sahaja. Semangat hanya bersama semasa menang akan tetapi akan lari sebagai pengecut apabila kalah. Sedangkan jihad menang kalah bukan ukurannya tetapi benar dan keredhaan Allah adalah segala-galanya. Jihad tidak akan membunuh dalam kemarahan tetapi semangat akan membakar tanpa mengira dosa dan neraka. Fikirkanlah wahai pemuda Umno, dunia belum kiamat…

Posted by: emashitam | February 7, 2009

Krisis Perak: Dimana Hak Rakyat

Apa perlunya pilihanraya sekiranya wakil rakyat boleh berubah sokongan selepas pilihanraya. Mandat rakyat sepatutnya dihormati dan bukannya untuk digadai atau dijual untuk kepentingan individu atau wakil rakyat itu sendiri. Kalau wakil rakyat boleh menukar parti sesuka hati, apa gunanya lambangparti yang digunakan semasa pilihanraya. Kalau itu adalah hak individu tersebut, kenapa perlukan perlambangan parti yang diwakilinya digunakan semasa pilihanraya. Kalau individu berhak mengubah haluan sepatutnya yang dipertandingkan adalah individu itu sendiri dan bukanya parti.

Dalam kes politik di Negeri Perak, Wakil rakyat sesuka hatinya berubah sokongan terhadap parti yang diwakilinya. Atas sebab apakah ianya boleh diterima pakai, apakah sebab yang menasabah yang membolehkan wakil rakyat tersebut melompat kesana kemari. Kalaupun ada acara lompat parti dalam sukan bernama politik Malaysia apakah syarat-syarat penyertaan dan skima pemarkahan yang dibuat terhadap acara tersebut bagi memilih pemenangnya. Kalau tiada bagaimana nilaian dibuat.

Kerajaan Negeri Perak dilihat tidak begitu stabil kerana kedudukan kerusi antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) adalah sama iaitu masing-masing mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN). Penentuan nampak gayanya ditentukan oleh ahli yang tak berparti (ahli bebas). Kenapa tak serahkan saja kepada rakyat untuk memilih siapa yang disukainya dan dasar parti mana yang dirasakan lebih baik untuk rakyat dengan mengadakan semula pilihanraya bagi Dun Perak. Pilihanraya lebih menampakkan demokrasi dan hak rakyat dipulangkan dengan sebaiknya.

Kalau dilihat dengan apa yang berlaku, politik Malaysia seakan otokratik dan bukannya demokrasi. Jadi pilihanraya yang digembar gemburkan sebagai demokrasi ini sebenarnya apa. Cukuplah dengan apa yang telah berlalu, untuk terkehadapan berhentilah dari kerenah dan perlakuan pimimpin untuk semata-mata bagi menutup mata rakyat.

Ingatlah;  “Tidak semua orang boleh ditipu dalam pelbagai segi dari setiap masa”

6 feb 2009 -di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata PAS tidak akan mengiktiraf kerajaan baru negeri Perak yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Katanya beliau berpegang pada pendirian bahawa pilihan raya patut diadakan semula bagi memberi peluang rakyat memilih kerajaan mana yang mereka mahukan.

Tok Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS percaya perkembangan terbaru yang berlaku di Perak itu didalangi pihak tertentu.

“Saya harap perkara ini tidak berjangkit ke negeri lain termasuk Kelantan. Kalau nak tubuh kerajaan, hendaklah dipilih oleh rakyat, bukan main tangkap saja,” katanya ketika menyampaikan kuliah mingguannya di sini, hari ini.

SUHAKAM pertikai cara perlantikan MB Perak baru.

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa “pilihanraya yang bebas dan adil merupakan satu hak asasi manusia”. dan “memilih kerajaan yang adil  merupakan hak asasi rakyat” untuk membuat pilihan.

Menurutnya, Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya yang baru bagi Dewan Undangan Negeri – selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia – akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama di mana kesahihan surat peletakan ahli dewan undangan negeri (Adun) diragui,” tambahnya.

Posted by: emashitam | February 5, 2009

Guano kalu Serah ko Rakyat?

Isu lompat pati bukan segala-galanya bagi penyelesaian yang mutlak. Hari ini lompat ke Pakatan Rakyat esok kepada BN mungkin lusa lompat kepada PR balik dan tulat kepada BN pula. Itulah senarionya yang akan berlaku jika suatu keputusan yang terbaik tidak dibuat.

Unsur-unsur kesetiaan dan kepatuhan yang berpandukan kepada otak dan nafsu sahaja tanpa bertunjangkan kepada aqidah adalah satu pagar yang tidak kukuh di dalam hati mereka itu untuk  tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Agama itulah yang menjadi benteng terhadap apa-apa terjahan yang menerkam mereka.

Itulah kualiti yang ada kepada sesetengah Wakil Rakyat di Perak. Suatu pengajaran kepada saf kepimpinan parti-parti di dalam PR agar di masa-masa akan datang, pemilihan calon mestilah ada garis panduan yang ketat dan terbaik.

Isu pertukaran kerajaan dari PR kepada BN bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ianya pernah berlaku di Kelantan, Trengganu dan juga pernah dilakukan di Sabah. BN akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa semula di negeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang samada dengan cara baik atau jahat. Sebab memang kerja IBLISnya begitu. Cuma apa yang penting bagi kita ialah sekiranya kita sudah tahu itulah kerja-kerja IBLIS maka kenapa kita masih tidak belajar bagaimana untuk menghadapinya?

KELANTAN adalah guru yang terbaik setakat ini kerana Kelantan pernah melaluinya. Bagaimana Kelantan menghadapi isu dengan Istana yang pernah suatu masa merekalah yang menjadi penyokong kuat kepada raja-raja dalam soal pindaan perlembagaan mengenai imuniti.

Bagaimana Pas Kelantan menghadapi isu memerintah bersama Parti Semangat 46 yang berkesudahan Semangat 46 dibubarkan oleh presidennya sendiri yang akhirnya ramai juga yang menyertai semula umno dan selebihnya menyertai Pas.

Lihatlah bagaimana Kelantan memerintah dengan kelebihan satu kerusi dan apa yang paling perlu dipelajari ialah bagaimana Pas memerintah Kelantan sehingga ke hari ini. Bagaimana Kelantan berhadapan dengan Umno Kelantan yang lebih ganas dari umno-umno yang lainnya dalam soal mengganggu gugat pentadbiran Kerajaan PAS di negeri tersebut.

Kesemua pengajaran itu ada di dalam diri pemimpin dan rakyat Kelantan.

Bukan senang memerintah sebuah negeri yang “dikepung dari segenap sudut oleh serigala-serigala yang ganas dan tidak berperi kebinatangan”. Tok Guru mentadbir dengan begitu cermat sebagaimana amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Rakyat menjadi rakan karib yang amat akrab dalam menjalani pemerintahan. Mendengar rintihan mereka, menunaikan amanah dan janji mereka, melihat kesusahan dan kesenangan mereka, menerima pelawaan mereka, merakyatkan wakil rakyat dan pegawai-pegawainya dan boleh dikatakan tidor bangun rakyat Kelantan adalah bersama Tok Guru.

Bukan soal ego atau “AGAH” tetapi hakikat yang perlu diterima oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat bahawa mereka perlu belajar dari Kelantan. BN atau Umno adalah satu parti yang telah sekian lama memerintah negara ini. Jahat dan baik mereka – sudah lama mereka pelajari dan amat mengetahui mengenai bagaimana memerintah sesebuah negeri. Pengalaman yang mereka ada telah memudahkan mereka merancang dan melakukan sesuatu yang mana Pakatan Rakyat masih mentah dalam soal itu.

Kementahan itulah yang sedang di alami oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sekarang ini.

Apapun keputusan yang bakal dibuat oleh Al-Sultan Perak nanti, Terpaksa kita hadapi dan terimanya dengan dada yang terbuka. Tapi apapun hanya pembubaran DUN sahaja yang boleh memuaskan hati semua pihak – rakyat, PR dan BN.

Walau bagaimanapun Pakatan Rakyat masih bernasib baik kerana rakyat bersama dengan mereka. Rakyat faham dan bersimpati dengan apa yang berlaku. BN tidak mungkin selamat dalam hal ini hatta mampu menubuhkan kerajaan sekalipun, PRU13 nanti rakyat sudah pasti akan mengajarnya kembali kerana kuasa rakyat telah dinafikan oleh BN.

BN sebenarnya tidak menyukai adanya pilihanraya baru akan tetapi BN juga tidak akan selamat dari malapetaka di masa hadapan sekiranya memerintah dengan cara “ tidak bertamadun ini ”.

Serah mandat kepada rakyat biarkan rakyat yang menjadi pengadilnya. Istana selamat, rakyat selamat dan parti-parti politikpun selamat.

Posted by: emashitam | February 5, 2009

Komen utk Perak

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata berkata: “Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu,” katanya.

Adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi.

Rakyat perlu diberi peluang memilih

Sementara itu, di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekalutan politik yang berlaku di negeri itu perlu diselesaikan segera dengan memberikan peluang kepada rakyat memilih parti mana yang akan diberi mandat baru.

“Saya gembira jika ada pilihan raya semula…saya setuju jika (Dewan Undangan Negeri Perak) dibubarkan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemelut politik yang berlaku di Perak ketika ini.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata, BN telah memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.

Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

Posted by: emashitam | February 4, 2009

Aduuuh Kuala Tnganu

Aku mula meninjau politik Kuala Trengganu sehari selepas penamaan calon. Aduuuuh.. peritnya. Pilihanraya apakah ini. Aku tinjau lagi, waaah tak ada isue niii. Kenapa jentera pilihanraya sejuk beku. BN tak nampak aktiviti, PAS pun dok kat mana. Dua-dua jentera masih sepi. Malam ni kan malam jumaat, takkan tenaga kerja tak keluar lagi. Berzikir kot, member sebelah memberi pandangan. mungkin, aku seakan bersetuju saja. kami meneruskan perjalanan dengan harapan akan ku temui tempat  orang sini berbual-bual pasal politik. Issh..! Paroknya minyak dah hampir separuh tangki dah  kenapa aku tak jumpa markas DUN samaada BN ke PAS ke yang aktif, aduuuh letih ni, balik tidorlah jam dah 1.00 pagi.

Hari kedua ku mulai dengan harapan yang agak tinggi, mungkin hari ini aku akan dapat lihat kelainan kerana hari ini adalah hari ketiga selepas penamaan calon, tambahan pula hari ni adalah hari cuti hujung minggu di Trengganu. Hambar sekali, cuma ku temui dua markas yang aktif  iaitu dua-duanya di kg cina (DAP dan PKR), PAS dan BN belum lagi aktif berbanding dengan suasana hampir 30 PRK yang pernah aku terlibat dulu, waaah… terok ni, aku meluahkan kepada rakanku disebelah yang sedang memandu. Kita dah jalan 2 harini dah hampir 150 kilometer dalam kawasan pilihanraya. Kalu ikutkan dah nak sampai KB semula niiii… . Kawanku menyampuk, mungkin malam ni kot dia orang akan mula, kita balik berehat dulu lah. Ok , boleh jadi jugak.

Aku memulakan hari ketiga dengan harapan mendapat klu untuk memulakan tindakan. Waduuh…duh aku difahamkan bahawa jentera tempatan tak beri kerjasama yang baik kepada jentera pembantu dari luar, ini berlaku kepada kedua-dua pihak (BN dan PAS). Aku juga mendapat maklum ramai jentera pembantu balik kerana kecewa dengan sikap jentera tempatan.

Persoalannya kenapa berlaku demikian?.

Kemana hilangnya semangat berpasukan?.

Pimpinan tempatan mungkin tak berpuashati dengan keputusan pimpinan tertinggi parti masing-masing dan telah menyebabkan kerja-kerja pilihanraya berjalan dengan amat perlahan sekali. Sehingga kini masih kelihatan jumlah anggota keselamatan masih mendahului jumlah jentera parti kedua-dua pehak.

Sok sek sok sek dewan senget kata, PAS kata PAS KALAH, BN kata BN KALAH.

Pelek bin ajaib

Aku pun sudah mula bingong dengan keadaan PRK KT ni, 

Usaha harus digandakan untuk mendapat maklumat pasti, ada sesuatu yang tak kena niii… .

Ali tak alih, ketemu jua akhirnya. Beberapa tokoh BN berkempen untuk tidak memenangkan calon BN sendiri secara sulit. Wow terok ni… kata kawan saya. Bn nak mengalahkan calon BN dan PAS pula masih slow atau pun juga nak mengalahkan calon sendiri juga ko.

Patut laa gerakerja menjadi amat perlahan dan tak bermaya. Kempen-kempen BN nampaknya tak diselaraskan dengan baik. Masing-masing kumpulan dengan buat kerja sendiri-sendiri, masing-masing berkempen cara negeri masing-masing. 

Kalot….. !

Kawanku  memberi pandangan, Kalu macam ni agaknya pas menang banyak. Nampak gayanya begitulah, mungkin lebih  ribu, aku menyahut. kalu 2 undipun menang jugak. ya laaah tuuu, tapi tak meriah sungguh PRK KT  kali ini. 

Jentera BN takleh buat kajian sikap pengundi dan pas pun begitu jugak, sama-sama tak buat kerja macam PRK yang lepas-lepas.

Kedua-dua pehak tak bermaya, jentera tempatan tidak menunjukkan uummmphnya terhadap PRK KT ni. 

Kenapa DAN bagaimana,

Kedua-dua pehak sepatutnya membuat kajian terperinci, kenapa berlakunya suasana yang demikian. Kenapa strategi BN tak menjadi dan kenapa strategi pas pun tak disambut jentera tempatan. Nampak macam ada tak kena dengan keputusan pucuk pimpinan dengan jentera tempatan di kedua-dua pehak ni.

terserahlah kepada pimpinan masing-masing melihat gelagat dan kelibat jentera masing-masing. PRK KT melihatkan kehendak pengundi setempat disamping faktor teknik cantas keting BN yang lebih menjadi berbanding dengan cantas keting dalam pas.

Posted by: sham | January 13, 2009

PRK036 – Hudud Bukan Isu, Pas Bukan Masalah

Berikut adalah translasi sedutan dari tulisan Raja Petra di Malaysia Today.

Raja Petra

Raja Petra

Isu negara Islam dan undang-undang Hudud yang dimainkan oleh Umno adalah semata-mata untuk menakutkan pengundi-pengundi berbangsa Cina. Cuba anda bertanya kepada Umno tentang  pendirian mereka berkenaan negara Islam. Mintalah Umno mengisytiharkan bahawa mereka benar-benar menentang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan adakah mereka tidak bersetuju dan tidak akan bersetuju dengan undang-undang Islam.

Tanyalah kepada Umno kenapa mereka menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat yang beragama Kristian yang nyata tidak berpuashati dengan polisi kerajaan pimpinan Umno berkenaan gereja dan kitab injil. Ini berlaku di peringkat persekutuan dan hanya di negeri-negeri yang diterajui Umno. Orang-orang Kristian tidak menghadapi masalah di negeri-negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, termasuk di Kelantan. Bukankan Umno, tidak Pas, yang gagal bertoleransi dengan masyarakat bukan Islam? Ini adalah kenyataan dan telah dibuktikan dengan kejayaan Pas menerajui Kelantan selama 20 tahun.

Mengapa Umno menuduh Pas sedangkan mereka yang tidak bersikap toleransi dengan masyarakat bukan Islam? Ramai yang menolak Pas kerana takut kepada Islam, tetapi Pas bersikap toleransi dan banyak membantu masyarakat bukan Islam. Kerajaan Kelantan menawarkan kebenaran kepada bukan Islam untuk membina tempat ibadat mereka, walaupun mereka tidak memohon dari kerajaan negeri. Sebaliknya, kerajaan pimpinan Umno kerapkali menidakkan kebenaran untuk bukan Islam berbuat demikian.

Umno yang patut disoal tentant pendirian mereka berkenaan negara Islan dan undang-undang Islam. Pas tidak ada kuasa. Pas tidak akan berkuasa. Pas hanya mempunyai 23 kerusi Parlimen. Jika Pas menang di Kuala Terengganu, mereka akan ada hanya 24 kerusi Parlimen. Pas tidak mungkin memperolehi lebih daripada 30 kerusi di Parlimen. Walaupun pada zaman cemerlang, contohnya di tahun 1999, Pas hanya memenangi 27 kerusi. Lagipun, pada setiap pilihanraya umum Pas hanya bertanding di 60 kerusi Parlimen, tidak mungkin mereka menang lebih dari itu.

Umno yang menerajui kerajaan persekutuan, mereka yang menentukan polisi dan undang-undang. Umno yang memberi pelbagai masalah kepada bukan Islam. Kenapa Pas yang dipersalahkan? Kenapa Pas yang ditakuti oleh masyarakat bukan Islam? Saya tidak faham, masyarakt bukan Islam takut kepada Pas yang tiada kuasa pemerintahan, dan tidak kepada Umno yang telah memerintah sekian lama dan menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat bukan Islam. Tidak logik!

Apakah pendirian Umno tentang negara Islam dan undang-undang Islam? Tanya mereka. Beranikah Umno mengatakan mereka menentang negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam? Atau sebaliknya, beranikah Umno mengatakan mereka menyokong negara Islam dan akan menegakkan undang-undang Islam? Sekurang-kurang Pas jujur dan membuat kenyataan berkenaan perkara tersebut. Umno bagaimana?

Umno ialah masalah kepada masyarakat bukan Islam, bukan Pas.

Older Posts »

Categories