Posted by: sham | January 8, 2009

PRK036 – Tumpuan Kepada 8,735 Pengundi Berbangsa Cina di Kuala Terengganu

ALIHBAHASA

Artikel asal oleh Nor Hayati Muda, BERNAMA di Malaysia Today.

Di sebalik suasana yang semakin sibuk dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti, rutin harian seorang penduduk tempatan berbangsa Cina dalam usia awal 60an, tidak banyak berubah.

Pada sebelah pagi, lelaki berkenaan yang lebih mesra dengan panggilan “Cikgu” menjalankan tugas beliau sebagai seorang guru, dan pada sebelah petangnya, beliau menghabiskan masa bersembang dengan rakan-rakan di kedai kopi kegemaran beliau di Jalan Sultan Sulaiman.

Dalam dialek tempatan, CIkgu berkata, “Orang dok sibuk dengan pilihang raya kecik, dok bercerita calong mana molek, parti mana bagus. Ada kata hok ni bagus, orang laing pulok kata hok tu bagus.

“Saya senang saja, tengok calong tu buleh ganti tempat arwoh Datuk Razali ke dok?”

Walaupun beliau mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris, guru matematik berkenaan berbangga bertutur dalam dialek tempatan apabila berbual dengan orang asing.

“Saya dilahirkan di sini. Nenek moyang saya juga dilahirkan di sini. Kita orang Terengganu. Kenapa mesti berubah? Orang Melayu dan orang Cina dilayan sama adil di sini,” katanya.

Mengulas tentang Razali, Cikgu berkata Razali adalah seorang yang prihatin dan banyak berjasa kepada golongan guru semasa beliau menjadi Pengarah Pendidikan Negeri, dan kemudian menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Razali, dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan selepas menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majority 628 undi pada pilihanraya umum, meninggal dunia pada 28 November yang lalu.

Beliau mendapat 32,562 undi, mengalahkan calon Pas Mohamad Sabu (31,934) dan calon Bebas Maimun Yusuf (689).

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional (BN), Mohd Abdul Wahid Endut dari Pas, dan seorang calon bebas Azharudin Mamat@Adam.

Perkembangan senario politik Negara sejak pilihanraya umum pada Mac 2008 menyukarkan andaian terhadap keputusan pilihanraya kecil ini. Khabar angin mengatakan undi dari pengundi-pengundi berbangsa Cina bakal menjadi faktor kemenangan.

Daripada jumlah 80,229 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada 17 Januari, 10.89 peratus atau 8,735 adalah berbangsa Cina dan hanya 518 atau 0.65 peratus berbangsa India.

Oleh itu, untuk memenangi pilihanraya kecil ini, BN memerlukan sokongan dari pengundi-pengundi berbangsa Cina dan mereka yang di atas pagar.

Pendapat yang diberi oleh “penganalisa politik kedai kopi” berkenaan mudah – kebanyakan pengundi berbangsa Melayu adalah ahli Pas kerana hanya 38 peratus atau hamper 26,747 daripda jumlah 70,834 pengundi berbangsa Melayu adalah ahli Umno.

Oleh yang demikian, untuk memenangi pilihanraya kecil ini, BN memerlukan sokongan daripada pengundi-pengundi berbangsa Cina dan mereka yang di atas pagar.

Melihat kembali keputusan pilihanraya pada Mac 2008 yang lalu di mana BN hanya memenangi satu daripada empat kerusi dewan undangan negeri di Kuala Terengganu, pendapat tersebut ada kebenarannya.

BN hanya memenangi kerusi DUN Bandar yang majoriti pengundinya berbangsa Cina, sementara Pas memenangi DUN Wakaf Mempelam, DUN Ladang dan DUN Batu Burok.

Kaum berbangsa Cina di pantai timur semenanjung Malaysia unik berbanding dengan mereka di pantai barat. Mereka di pantai timur bergaul baik dengan masyarakat Melayu dan berkebolehan bertutur dalam dialek tempatan. Cikgu adalah salah seorang daripada mereka.

Tambahan pula, mereka yang pertama kali berkunjung ke negeri Terengganu pasti terpegun apabila melihat papantanda bertulisan Jawi di premis-premis milik penduduk berbangsa Cina.

Seorang pemerhati politik mengatakan perbezaan pendapat jarang terjadi di antara penduduk berbangsa Cina dan penduduk berbangsa Melayu di Kuala Terengganu kerana mereka saling memahami budaya dan agama masing-masing.

“Mereka tak suka jika seseorang dari satu parti politik datang dan menunjukkan perbezaan antara kaum, kerana itu bukan cara mereka,” kata pemerhati politik tersebut.

Seorang tuanpunya kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Keong berkata beliau akan memilih pemimpin yang boleh mewakili semua penduduk di Kuala Terengganu.

“Kami tidak mahu orang luar datang dan membuat kenyataan yang tidak benar tentang kami. Nenek moyang kami adalah penduduk tempatan, kenapa kita harus bergaduh? Kami mahu hidup, mencari pendapatan dan membesarkan anak-anak dalam keadaan aman.

“Sekarang kami tinggal di sebuar Bandar besar. Keperluan kami cukup. Tidak perlu untuk menabur janji. Tidak kira siapa dia, yang penting dia akan berada bersama-sama kami jika kami berhadapan dengan masalah dan dia boleh mendengar keluhan kami,” kata Ah Keong.

Cikgu dan Ah Keong mungkin tidak mewakili keseluruhan penduduk di Kuala Terengganu, tetapi yang nyata suara-suara mereka ada suara-suara pengundi yang bakal mengundi pada 17 Januari nanti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: