Payah sangat ke nak ucapkan terima kaseh kepada orang yang membantu kita dalam menyelesaikan masaalah yang kita tak boleh atau tak reti buat atau tak dan nak buat, sampaikan kita terpaksa mengutuk pula orang yang tolong kita tuu… atau ucapan terima kasih itu membayangkan satu kelemahan kepada orang yang menerima bantuan. Kalau macam tu payahlah orang nak membantu kita pada masa akan datang.
Kalau nak membeladiri pun janganlah sampai kita terpaksa berbohong dan menganiaya orang lain. Kejahatan termasuklah penipuan, penganiayaan dan pembohongan itu akan diketahui juga suatu hari nanti. Ingatlah kebenaran akan terserlah jua nanti.
Adakah kerana kita rapat dengan kepimpinan tertinggi Pas kita boleh sewenangnya mengadakan cerita untuk menutup kelemahan diri tanpa memikirkan masaalah orang lain atau orang bawahan kita, atau adakah sekarang ini PAS sudah menghalalkan pembohongan kepada ahli-ahlinya atau ahli PAS sekarang ini sudah diizinkan menganiaya orang mengikut waktu-waktu tertentu.
Minta dijauhi dari semua itu.
Semasa nak hadapi pilihanraya sejuta janji ditaburkan dan pelbagai jawatan diwujudkan demi mengaburi mata rakyat dan jentera kerja, contohnya sebuah syarikat ditubuhkan dikelantan yang mana pekerja diambil secara tergesa-gesa dan terpaksa mengadakan pelbagai janji yang lunak-lunak sebagai satu motivasi kepada pekerja. Malangnya selesai saja pilihanraya, syarikat tersebut mula memecat kakitangannya dan sehingga sekarang tinggal hanya 25 peratus dari jumlah keseluruhan semasa menghadapi pilihanraya umum ke-13 lalu.
Yang paling saya terkejut adalah alasanya yang amat bercanggah dengan kenyataan awalnya iaitu semasa nak memulakan operasi syarikat ini dikatakan ditanggong oleh seorang yang kaya dan ternama dan tak perlu gusar akan kos dan tempoh operasi. Mengikutnya lagi (dari salah seorang pentadbir syarikat tersebut) syarikat ini akan diberi galakan dan ditanggong untuk selama tempoh 2 tahun sebelum dibiarkan berdikari.
Bagi yang tergoda, maka sangguplah ia meletak jawatan dan melepaskan gaji yang lebih lumayan hanya semata-mata nak khidmat di kelantan. Alasan yang diberikan saperti yang saya katakan tadi amat tidak menasabah dan bercanggah, kakitangan dipecat hanya semata-mata kerana pendapatan syarikat tidak dapat melepasi kos operasi. Yang paling terkejutnya lagi, ia berlaku dibulan pertama selepas pilihanraya iaitu april 2008, sedangkan april adalah baru bulan kelapan syarikat tersebut beroperasi.
Selain itu syarikat ini juga didapati tidak membayar caruman KWSP dan insurance kepada kakitangannya. Aktiviti syarikat pula banyak dilakukan diluar pejabat malah diluar kelantan. Kenderaan untuk aktiviti luar disewa dari syarikat lain atau orang perseorangan. Yang malang dan anehnya sewa kereta kakitangan tidak dibayar sampai sekarang (waktu atikel ini ditulis). Saya berpendapat adalah sangat tidak wajar kerana pilihanraya berlaku pada march 2008 sedangkan sekarang sudah November 2008. Atas fakta inilah saya berpendapat tak ubah saperti melepaskan anjing tersepit.
Beberapa barangan dan perkhidmatan yang disediakan kepada syarikat maseh banyak lagi yang tidak dilunaskan sedangakan YAB Tok Guru pernah berpesan, gaji dan elaun tu hendaklah dibayar sebelum peluh pekerja tu kering dibadannya. Ini memberi gambaran, hendaklah dibayar secepat mungkin.
Saya rasa pembaca juga sependapat dengan saya bahawa “Usahkan nak dapat ucapan terima kaseh, malah dianiaya dan dizalimi pula”, Lepas tu lagi diberhentikan kerja tanpa notis, Tak ke naya namanya.
Bila ditanya, alasan yang diberikan adalah “Sekarang ni pengurusan baru, kalu hal yang dulu tanyalah pengurusan dulu”, dengan kata lainnya LEPASTANGAN LAA TUU.
Mat wehhh, demo kena mikir supo Amid mikir gak getek serupo hok dale harakah tu. Dia tak jadi calon pun tak po dan buat kija serupo dia jadi calon dan terima pulok jadi wakil calon sampai menang PAS di Tendong. Ni tak leh pitis sikit ngamok selalu. Kena ada gak dala pala kito “tanya gapo kita boleh bui ko Parti, Jangan tanyo gapo parti bulih bui kita”. Tapi dalam bab ni Abe Halim rasa Parti pun kena mikir juga, narak ko orang buat kijo sampai terhutang untuk parti, parti kena la tulung. Ni gak boleh ko puak-puak hok baru masuk parti kalu ada projek ke ? balak ke ataupun gapo saja hak masuk ptih. Hok tu la kita kena pakat mikir dan pakat bui buah pikiran supaya semua bulih rasa harta Ghanimah. SABAR MAT…
By: Halim_Teliar on November 22, 2008
at 10:33 am
buat pengetahuan abe halim, ambo bukan pertikai apo ambo bulih hasil kerja ambo untuk parti, tapi yang ambo pertikai ialah orang baru diraikan terlebih sangat sampai orang lama macam tak dihargai. Abe halim pun tak tau apo ambo buat untuk parti dan pimpinan, sbb ambo tau doh jugak pengorbanan untuk perjuangan takkan dibalas setimpal olih manusia maka manusia tak perlu tau apa ambo buat.
yang ambo rasa terkilannya ialah ketidaktelusan dalam arahan kerja dan info yang silap kepada anak buah. Ambo harap abe halim faham dulu maksud perbincangan ini.
By: emashitam on November 22, 2008
at 9:34 pm
Mat dema dok kacau gapo gak. tak puas hati gapo gak, tak dok pitis ? mari ambil dengan aku, nak bini sorang lagi, jumpa Hj Patah, nak kerja, Jumpa Kay. royat mat nak gapo ? kalu dok royat tak puas hati dalam blog, berapa orang jah baca ? Ni abg mie royat hok sungguh dah tu. Malam ni jumpa abe mie nak ajar jadi MC depan raja sampai jangan ketar. Minum teh di KB kopitiam deh. Wak man pun ada sekali.
By: Jimie_MC on November 24, 2008
at 11:08 am
Sehari dua ni orang tak main dah isu local supo hak mat pauh dok buat tu. Lo ni orang dok main isu KERUNTUHAN TANAH TINGGI BUKIT ANTARABANGSA. Abe Dol sokong sangat ho manjanik royat dalam blog dia. Sebenarnya kemusnahan alam itu adalah akibat daripada tangan-tangan manusia itu sendiri. Tangan yang meluluskan projek (Kerajaan Kay Toyo), tangan pelaksana projek (Pemaju) dan tangan yang menebang pokok (Penghuni).
Akibatnya yang punah ranahnya manusia itu sendiri sehingga ada yang mati dan setakat ini disahkan 4 orang. Semua jadi susah…..Raja turun, Pm turun, TPM turun, Menteri besar turun, Tok wakil tempatan susah-susah aje, ketua polis turun, ketua askar turun semua nya turun padang.
Yang menjadi masalah puak-puak Dewana Solution aja yang tak turun dan kena tunggu bila ada modal baru nak turun. Minta dengan Zul misai la, dia banyak pitih.
By: Phulu_Badul on December 10, 2008
at 1:11 pm