Mat Pauh

MUHAMMAD ABDULLAH aka MAT PAUH

madpauh-001

Dilahirkan di Bachok, Kelantan

Pendidikan:

  1. Sekolah kebangsaan Tawang, Bachok.madpauh-002
  2. Sekolah Menengah Raja Sakti, Kota Jembal
  3. Sek.Men.Vokeyenal (Pertanian)
  4. Universiti Pertanian Malaysia

Jawatan Politik yang pernah dijawat:

  1. Setiausaha Cawangan Umno Gual Jedok, T.Merah – 1982-87
  2. Setiausaha Cawangan Semangat 46 Gual Jedok 1989-1997
  3. Setiausaha Pemuda Semangat 46 Bahagian T.Merah-1989-93
  4. Ketua Pemuda Semangat 46 Bahagian Jeli. -1993-1997
  5. Ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan Jeli, Kelantan -1998-99
  6. Setiausaha PAS kawasan Jeli, Kelantan -2000-2002
  7. Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan-2000-2002

Tugas-tugas khas:

  1. Dalam membantu Pilihanraya Kecil (bermula 1998-2008)
  2. Pembantu Khas ADUN Penglima Bayu 1991-1994
  3. Wakil Calon AirLanas 1999

madpauh-003

Aktif dalam Persatuan Belia:

  1. Pengerusi Belia MAYC Sri Tarong -1980-83
  2. Ahlijawatankuasa MAYC Daerah Tanah Merah -1981-83
  3. Ahli Belia-Niaga Kelantan 1982-83
  4. AhliJawatankuasa 4B Teruntum, Kuantan,Pahang -1984-1985

Responses

  1. Masuk gak cerita sensasi-sensasi hak dulu-dulu baru ada kik sikit.

  2. lamo doh nak tanyo..buleh ko cerita serba sikit gelaran yang diberi ” Mat Pauh” kot-kot ada story disebalik nama gelaran tu.

  3. Abe wil pun lama jugak dok saing dengan mat pauh ni sejak dok UPM Sabah dulu lagi. Kita sama-sama ngajar di Kolej Budaya, tapi mat gi Kuala Kerai pulok lepas tu. Dok main jauh dari kampong ulu Jedok tempat jin bertendang. Sampai la ni baru nak bini. Dia royat ko abe wil nyesal kahwin lambat. Ada sorang lagi saing dok Machang lo ni dan kadang-kadang dok Banggol Pak Esah Selising dok main balak. Pak Su Nor ni hebat juga. Bila dia jumpa mat pauh nyoo dakap kemas kemin sampai nak nywa tak leh mat pauh. Pak Su No ni gu lama benar dengan abe wil dan mat pauh. Sama-sama dok perang lawan uMNO.

  4. Ana tau mat pauh ni baik sangat orangnya. Ana rasa misti ada hak tak kena sebab tu nak kick orang. Mat ni bukan bekeng sangat tapi kalu dia jadi bekeng lebih kuat dari Incredible Hulk. Tak khabar ingat la. Sebab tu ana tak start dengan dia gapo-gapo. Ana ingat lagi waktu dia balik Jedok lalu kot Rantau Panjang ada lembu dok tengah jalan, dia turun dan sepak lembu. Ngaung kuat juga lembu. Berair mata lembu. Tu la ana tak buat mula dengan mat pauh ni.

  5. Saya nak sampaikan salam rakyat kelantan kepada Muhammad bin Abdullah @ Mat Pauh. Rakyat Kelantan memohon supaya Mat cukup doh main nulis dalam blog u ni. I dah baca dan faham apa yang mat mahu. Mat kena ingat bahawa semua orang ada kehendak-kehendak yang tidak terbatas dengan punca-punca pengeluaran yang terhad. Oleh itu justeru kerana penawarannya kurang tetapi permintaannya tinggi inilah yang berlaku kepada Mat. Si I minta sangat-sangat la jangan buat sesuatu yang boleh membawa kepada rakyat rasa tertekan. Contohilah Dato Husam yang sentiasa di gamit masalah tetapi beliau semakin rileks dan sentiasa tenang. Dia pernah ajar kat I supaya baca 111 kali Bismillah kalau berdepan dengan pelbagai masalah barulah hati tenang dan sedikit demi sedikit masalah dapat di rungkai.

  6. Maka akan Mat Pauh atau emas hitam akan kembali pulok kepada perangai lama hok bekeng ! Dema ni kalu nak bekeng gitu tahun 80han dulu bukan lo ni sebab lo ni tahun 2008 dah. Kita saing la, bo tunjuk bekengnyoo.

  7. Saya rasa simpati yang teramat kepada Mat Pauh dengan apa yang berlaku. Tetapi sebagai pejuang Islam, Abang Mat Kena paham bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT. Saya tidak pernah menjangka akan meletakkan jawatan sebagai Guru dan berkecimpung dalam perjuangan Islam secara total. Oleh itu saya MOHD NURI BIN YAAKUB dengan ini memohon agar abang Mat dapat menerima seadanya hakikat sebenar yang berlaku dan seharusnya sentiasa bersabar.

  8. Wak nak pesan sikit jah ko adik mat ni. Bila tubuh syarikat baru tu dan berkembang pesat jangan dok jadi hagas. sebab orang akan tengok adik mat lo ni sama ada bila kaya jadi ego dan hagas atau rasmi padi koho kaya koho tunduk. Kaya pun tak sohor sebab semua atas muka bumi ni hok tuhan belaka. bila-bila masa jah kalu dia nak tarikh bulih. Jangan dok sombong dan hagas adik mat wehhhh. DeWAna SOlution.

  9. Saya pun rasa simpati dengan nasib yg menimpa Cik Mat dan rakan2 yg melalui pengalaman yg sm yg sy kira agk pahit utk ditelan. Anggap ia satu ujian n jgn patah semangat. Cik Mat sbg individu matang dan dewasa tentu tahu apa yg harus dilakukan, dan sy yg masih mentah ini tidak dpt berbuat apa2 kecuali berdoa agr segala2nya baik dan berharap Cik Mat boleh teruskan kehidupan dgn kerjaya yg lbh baik. Cuma apa yg sy mahu jgn la memusuhi sy n rakan2 disini keran kami tidak tahu apa2 tentang perkara itu. Harap Cik Mat faham. Saya masih disini sbb rezeki masih ada disini dan bukan bekerja kerana manusia tetapi kerana Allah…

  10. cikgu nuri dio tuh..ambo raso abe mat buke xleh trimo ketentuan Ilahi..masalah dan punca nyo mari dari pejuang islam yang mabuk.xkabar ko diri..kato jah perjuang islam tp..berkehendok ‘bare’.’bare’ tu cikgu sendiri pun tahu..ko cikgu nok suh ambo tere lebih lanjut apo itu ‘bare’?abe mat pun cikgu jugok mulo..letok jawatan pun mgkin cikgu tahu sebab gapo..cikgu buke xkenal abe mat.jadi tidok perlu persoal atau memperkasakan ‘org tentu’..hahaha…

    aduh..sedap hj mat rasul tuh berkata-kata.. Saya nak sampaikan salam rakyat kelantan kepada Muhammad bin Abdullah @ Mat Pauh. Rakyat Kelantan memohon supaya Mat cukup doh main nulis dalam blog u ni.RAKYAT MANO?KALU KITO AND THE GANG GAK..XPAYOH LA KATO RAKYAT KELATE..AMBO ORE KELATE JGK..XRAJIN PUN PESE KO HJ MAT RASUL SUH SAMPAIKAN SALE KO ABE MAT PAUH..NIPU XBAIK..DOSO..XKAN XTAU?

    pado abe mat..jange gerun..lawe tetap lawe.duli apo ore lain.ambo sokong abe mat sokmo..kube,kito kube skali..hahaha..selamat maju jaya

  11. Heee anak muloh wae Ajis pulok dok belo mat pauh… kena ingat dema tu bekas anak tok wakil jangan dok kecek jah sedap lamakan kena jek spring. Mat Pauh dok pero orang-orang lagu ni la punohnya…. tapi mujor anak muloh wae ajis ni tak punohh. Amba pun nyokong jugok mat pauh nak buka Dewana Solutions tapi jangan ambik modal dengan UMNO sudah lahhh.

  12. Abe Mat ehhh….demo rasa nak besar lagi ko? Kalu ukur badan jauh nah besar amba dengan demo. Dema nak main lagu mana ? amba boleh belaka…tak payah nak selindung balik anak muloh nii amba tahu belaka doh cite dema. Tapi kalu tak dok pitih nak buka Dewana Solutions mari sini kita kiroo jangan dok dengar sangat anak mulohh nii tu. Ukur bare dema dengan bare kawe mana besar ?

  13. haha..membelo sbb merasa kepahitan yg cikgu nuri tok rasa.tok raso,nok kecek wak gapo.nok jek spring staro mano gak kalu sesamo manusia..nok wak gano cikgu nuri saing nga sep2 besar kan loni deh.raso nyo komal silap pehe tuh..mat pauh tuh tok rajin nusuk alik ambo..ambo pun tok nusuk alik dio.tp hok ptg,komal bleh support modal…memolekkan perjalanan dewana..

  14. Ank Muloh Wae Ajis royat nak ggapo ? Masalahnya lo nii dema dok berlindung alik mat pauh bukan mat pauh dok berlindung alik demo. Kalu tak dok pitih tak sah dok nak sohor buka Dewana Solutions la. royat nak mainn lagu mana ? amba sanggup belako….. Kalu tak seer sini kita main Kuala teganu pulok. Muga kijoo kita nak perebah UMNO kaaan. Kan. kan,

  15. slow skit pasal muloh ayoh kawe tuh..ore xdop doh tu.sakit bleh,malu bleh kan..hehe..kawe nusuk sbb mat pauh gemuk pado ambo dan hok ptg dio byk nurun ilmu ko ambo.demo xleh..hehe.hoh!!takdop ore nok suruh wak g wak kijo ganu nih…gatal glenya doh ni en.komal weh..byk perkara bleh ambo blajar dr team2 berpengalaman nih..berjuang atah namo ISLAM kan..ambo sanggup!!tido bwh tggo pun relo..asal meney perjuangan ISLAM..ko lagu mano komal deh?

  16. Pak teh orang Jedok dan dok kubang sekali dengan Mat Pauh ketika ini suatu waktu dahulu. Pak Teh kenal lama doh mat pauh ni, dia deber sungguh masa muda dulu. Lo ni pak teh rasa nak akat hadas pun tak cekak dah. Cik Gu Nuri pun amba kenal juga sebab waktu tu budak beleh lagi. Ngaji sekolah di Kedai piah jalan kaki jah.

    Mat Pauh ni saja tak sey kaya jah. Patut lama doh kaya sebab masa dalam UMNO dulu dia boleh banyak projek Gemulah Dato’ hashim Safien bui. Dia baik juga dengan ayah mat (Mat Yaakub MB dulu). Tapi tak dok tuah nak buat gano….hok kaya Jeli lo ni tu semua anak buah dia belako. Tok Pha pun pernah cari dia nak buat saing…Tapi jenis mat pauh ni orang perjuangan yang tak sudah sokmo.

  17. dipetik dr blog bn kuala terengganu…

    GERAKAN KENALI PENGUNDI DAN LOKASI RUMAH PENGUNDI
    (BACAAN SIKAP PENGUNDI P.036 KUALA TERENGGANU)

    1. Pengenalan dan Matlamat

    1.1 Gerakan ini adalah untuk mengenali sikap dan sokongan para pengundi di P.036 Parlimen Kuala Terengganu untuk disetiap Peti Undi.

    1.2 Gerakan bacaan sikap ini akan dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif

    1.3 Bacaan sikap ini adalah untuk membantu jentera parti didalam menentukan hala-tuju dan gerakan kempen secara betul.

    1.4 Bacan sikap ini adalah untuk mencari dan mengenali pengundi penyokong BN untuk seramai 38,500 orang daripada 80,229 orang pengundi

    2. Keratiria Petugas

    Petugas diperlukan di dalam gerakan ini adalah diantara sepuluh (10) atau tiga belas (13) orang bagi setiap sessi yang akan diadakan. Petugas untuk menjalankan gerakan ini juga mestilah terdiri dari penduduk tempatan disetiap cawangan UMNO di P.036 Parlimen Kuala Terengganu.

    Petugas untuk mengenali para pengundi adalah dicadangkan mereka itu terdiri daripada;

    2.1 Ketua Cawangan dan ahli jawatankuasa – 4 sayap;
    2.2 Kumpulan K5;
    2.3 Guru KEMAS;
    2.4 Guru KAFA;
    2.5 JKKK;
    2.6 Ketua Kampung; dan
    2.7 Pengerak masyarakat, contoh; Rukun Tetangga, wakil pertubuhan belia (dikenali penyokong BN).

    3. Tanggungjawab Mengenali & Mengambil Petugas

    Pengerusi K5 DUN & Peti Undi dan Ketua Cawangan mestilah mengenal pasti para petugas yang betul dan sesuai, boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP yang akan dijalankan. Petugas yang akan membuat BACAAN SIKAP mestilah dari kalangan yang dicadangkan pada fasa (2), dan jika terdapat lain-lain yang boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP adalah dialu-alukan.

    4. Urusetia Bacaan Sikap

    4.1 Pengerusi : Pengarah Bilik Gerakan
    4.2 Timbalan Pengerusi : Pengerusi K5 Parlimen
    4.3 Ahli Jawatankuasa : Pengerusi K5 DUN (4 DUN)
    4.4 Ahli Jawatankuasa : 2 orang dari JASA
    4.5 Ahli Jawatankuasa : 2 orang IT UMNO Negeri

    5. Peralatan Sokongan.

    Peralatan sokongan diperlukan;

    5.1 38 unit PC atau Laptop
    5.2 38 unit alat pencetak laser (laser printer) dan toner
    5.3 100 rims kertas

    6. Maklumat Sokongan

    Maklumat sokongan akan disediakan oleh petugas IT daripada Bilik Gerakan Pilihanraya P.036 Parlimen Kuala Terengganu.

    6.1 Sessi Pertama Bacaan Sikap (18/12/2008 hingga 25/12/2008)

    Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI yang lengkapi dengan alamat tetap (permanent address) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    6.2 Sessi Pertama Bacaan Sikap (28/12/2008 hingga 05/01/2009)

    Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI dilengkapi dengan alamat semasa dan tetap (current and permanent address) yang disediakan UMNO Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan & lain-lain agensi dan maklumat isi-rumah.

    7. Lain-lain Hal

    Bacaan sikap ini juga adalah perlu dilakukan keatas pengundi kaum Cina dan India, JASA atau Jabatan Penerangan memiliki kakitangan atau pegawai dari kaum Cina dan India. Dicadangkan disini, kakitangan atau pegawai dari Kaum Cina dan India itu diminta menyertai sama untuk menjayakan gerakan BACAAN SIKAP keatas pengundi kaum Cina dan India untuk pilihanraya kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu ini.

    Disediakan oleh:
    Koordinator SMART Analysis System
    Kuala Lumpur
    15hb Disember 2008

    Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com
    catatan bnkterengganu at 1:39 PM 10 ulasan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: