Posted by: emashitam | June 14, 2009

Kenapa Husam diSERANG!!!!!

SALAHKAH HUSAM MENAWARKAN DIRI, MELONJAKKAN KEWIBAWAAN PARTI?

 Mengapa Husam diserang disegenap penjuru dan ruang. Tetapi begitulah adat resam dalam politik.

Kita tidak hairan jika diserang oleh musuh kerana sememangnya kerja musuh menyerang lawannya. Akan tetapi apabila KAWAN dan SAHABAT menyerang mungkin itu luar biasa. Persoalannya kenapa hanya Husam yang diserang bukan sahaja oleh musuh PAS – Media Perdana(utusan) dan pemimpin Umno, tetapi juga oleh KAWAN dan SAHABAT di dalam PAS.

Sahabat dan kawan pula lebih mempercayai bloggers tertentu yang mempunyai masalah peribadi.

Kenapa Husam menjadi sasaran mereka sehingga hilang rasa persaudaraan dan sekaligus mengambil alih tugas musuh PAS iaitu Umno?

Apakah Husam lebih bahaya daripada UMNO? Daripada BN?.

Sehingga kini ada dari kalangan kita yang berserban, berkopiah dan berjanggut panjang itu(segelintir) masih melempar fitnah kepada beliau dengan pelbagai fitnah tanpa sedikitpun merasa loya dan mual memakan daging saudaranya sendiri. Pelahapnya mereka meratah daging saudara sendiri!.

Kenapa “Sang Pengfitnah” itu tidak berani berjumpa dengan Husam sendiri? Mereka boleh bertanya dan bersoal jawab dengan beliau. Apakah lebih sedap dan gembira untuk melempar fitnah dari meminta penjelasan? Anda masih berpeluang meminta penjelasan daripada Husam. Pergilah berjumpa dengan beliau. Kalau benarlah beliau bersalah sebagaimana yang dituduh dan difitnah itu – jangan undi beliau. Akan tetapi menghukum beliau hanya kerana mendengar dari sebelah pihak kemudian mengiyakannya itu adalah satu pengkhianatan dan kezaliman ke atas beliau. Mahukah kita menzalimi saudara kita sendiri?

Apakah Husam tiada saham langsung dalam pemilikan bangunan pentadbiran PAS Pusat itu dimana penentang-penentang sulitnya juga berada dalam bangunan itu?

Sejuta kad ucap selamat Hari Raya daripada Datuk Seri Tuan Guru Presiden atas inisiatif siapa kalau bukan Husam?

Penerbitan buletin Pilihanraya untuk seluruh Negara, siapa yang cetuskan kalau bukan Husam?

Penubuhan TV PAS apakah bukan langkah daripada Husam?

Husam berjanji dengan Tok Guru Nik Aziz untuk melonjakkan tanggapan dan pandangan rakyat serta pengundi bahawa PAS masih mampu memerintah selepas PRU12.

Tiga janji Husam ialah mengadakan Skim Bantuan Kifalah, Dinar Emas dan penyelesaian hak milik tanah dengan Felcra. Kini ketiga-tiga itu telah mampu melonjakkan kemenangan PAS Kelantan dan hasilnya sudah dinikmati oleh penduduk Kelantan?

Salahkah Husam?

Tanyalah Datuk Mustapha Ali adakah Husam tidak membantu langsung Terengganu?

Kedah juga begitu, Husam membantu Datuk Seri Ustaz Azizan Razak. Salahkah Husam?

Bukan mengungkit tetapi sekadar menyedarkan bahawa Husam juga mahu berbakti kepada parti. Salahkah? Jadi janganlah sampai marahkan Husam tanpa disedari dalam waktu yang sama kita sedang bersekongkol dengan lidah-lidah UMNO – Utusan Malaysia yang sedang disaman oleh Husam.

Cuba kita perhatikan, pernahkah sebelum ini media-media itu memuji dan menyokong PAS atas dasar kepimpinan Ulama? Tidak pernah dan tidak ada. Namun kini media itulah yang seolah-olah Harakah mempertahan mati-matian kepimpinan Ulama PAS. Seolah-olah Husamlah yang akan menghancurkan Ulama di dalam PAS.

Husam juga didik oleh Ulama iaitu al-Marhum bapanya. Beliau diasuh politik dan agama oleh Tok Guru Nik Aziz sendiri. Beliau diajar bersederhana. Kereta dan rumah tidaklah mahal dan besar. Itulah ajaran ayahandanya.

Apabila musuh yang sebelum ini sedikitpun tidak menunjukkan belas kasihan membelasah kita tiba-tiba berhenti dari tindakan tersebut dan kemudiannya mengusap, memeluk dan mencium kita – apakah tidak ada apa-apa udang di sebalik batu?

Digambarkannya seolah-olah jika Husam menang jawatan Timbalan Presiden maka Husamlah yang akan menjahanamkan PAS. Husamlah musuh nombor wahid PAS. Husamlah yang amat berbahaya kepada PAS. Husamlah yang akan melawan Ulama. Kalau inilah yang digambarkan oleh media massa UMNO yang penuh dengan muslihat yang licik maka sudah pasti sebenarnya mereka amat takut kepada HUSAM. Jadi, kalau kita pula selaku ahli-ahli PAS menurut telunjuk dan mainan media massa ini maka sudah pasti kita sedang meniti di atas perancangan mereka – musuh kita.

Kenapa mereka tidak serang Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Mohamad Sabu?

Kerana bagi mereka keduanya bukan merbahaya kepada mereka. Yang merbahaya kepada mereka ialah HUSAM yang diistilahkan “Budak Cerdik” oleh pemimpin-pemimpin besar BN. Sebab itulah HUSAM mesti dikalahkan supaya tidak menjadi duri kepada Umno/BN. Persoalannya apakah kita ahli-ahli PAS tidak mahu kepada “Budak Cerdik” ini? Cukuplah kita tersiksa membaca cerita orang melayu membunuh Si Luncai dan Hang Nadim kerana kecerdikan mereka. Hendaknya tiada lagilah di zaman moden ini orang melayu apatah lagi orang Islam yang membunuh dan mengenepikan “Budak Cerdik” itu.

Terserahlah….. Cuma pastikan selepas PRU13 nanti, PAS menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya. Insyaallah! Tapi ingat! Kita ke Putrajaya bukan beriringan dengan UMNO/BN tetapi bergandingan dengan PAKATAN RAKYAT. Husam ada plan tindakan ke arah itu. JOMlah kita pakat-pakat merealisasikannya….

Dikirim dalam Isu Rakyat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: