Payah sangat ke nak ucapkan terima kaseh kepada orang yang membantu kita dalam menyelesaikan masaalah yang kita tak boleh atau tak reti buat atau tak dan nak buat, sampaikan kita terpaksa mengutuk pula orang yang tolong kita tuu… atau ucapan terima kasih itu membayangkan satu kelemahan kepada orang yang menerima bantuan. Kalau macam tu payahlah orang nak membantu kita pada masa akan datang.
Kalau nak membeladiri pun janganlah sampai kita terpaksa berbohong dan menganiaya orang lain. Kejahatan termasuklah penipuan, penganiayaan dan pembohongan itu akan diketahui juga suatu hari nanti. Ingatlah kebenaran akan terserlah jua nanti.
Adakah kerana kita rapat dengan kepimpinan tertinggi Pas kita boleh sewenangnya mengadakan cerita untuk menutup kelemahan diri tanpa memikirkan masaalah orang lain atau orang bawahan kita, atau adakah sekarang ini PAS sudah menghalalkan pembohongan kepada ahli-ahlinya atau ahli PAS sekarang ini sudah diizinkan menganiaya orang mengikut waktu-waktu tertentu.
Minta dijauhi dari semua itu.
Semasa nak hadapi pilihanraya sejuta janji ditaburkan dan pelbagai jawatan diwujudkan demi mengaburi mata rakyat dan jentera kerja, contohnya sebuah syarikat ditubuhkan dikelantan yang mana pekerja diambil secara tergesa-gesa dan terpaksa mengadakan pelbagai janji yang lunak-lunak sebagai satu motivasi kepada pekerja. Malangnya selesai saja pilihanraya, syarikat tersebut mula memecat kakitangannya dan sehingga sekarang tinggal hanya 25 peratus dari jumlah keseluruhan semasa menghadapi pilihanraya umum ke-13 lalu.
Yang paling saya terkejut adalah alasanya yang amat bercanggah dengan kenyataan awalnya iaitu semasa nak memulakan operasi syarikat ini dikatakan ditanggong oleh seorang yang kaya dan ternama dan tak perlu gusar akan kos dan tempoh operasi. Mengikutnya lagi (dari salah seorang pentadbir syarikat tersebut) syarikat ini akan diberi galakan dan ditanggong untuk selama tempoh 2 tahun sebelum dibiarkan berdikari.
Bagi yang tergoda, maka sangguplah ia meletak jawatan dan melepaskan gaji yang lebih lumayan hanya semata-mata nak khidmat di kelantan. Alasan yang diberikan saperti yang saya katakan tadi amat tidak menasabah dan bercanggah, kakitangan dipecat hanya semata-mata kerana pendapatan syarikat tidak dapat melepasi kos operasi. Yang paling terkejutnya lagi, ia berlaku dibulan pertama selepas pilihanraya iaitu april 2008, sedangkan april adalah baru bulan kelapan syarikat tersebut beroperasi.
Selain itu syarikat ini juga didapati tidak membayar caruman KWSP dan insurance kepada kakitangannya. Aktiviti syarikat pula banyak dilakukan diluar pejabat malah diluar kelantan. Kenderaan untuk aktiviti luar disewa dari syarikat lain atau orang perseorangan. Yang malang dan anehnya sewa kereta kakitangan tidak dibayar sampai sekarang (waktu atikel ini ditulis). Saya berpendapat adalah sangat tidak wajar kerana pilihanraya berlaku pada march 2008 sedangkan sekarang sudah November 2008. Atas fakta inilah saya berpendapat tak ubah saperti melepaskan anjing tersepit.
Beberapa barangan dan perkhidmatan yang disediakan kepada syarikat maseh banyak lagi yang tidak dilunaskan sedangakan YAB Tok Guru pernah berpesan, gaji dan elaun tu hendaklah dibayar sebelum peluh pekerja tu kering dibadannya. Ini memberi gambaran, hendaklah dibayar secepat mungkin.
Saya rasa pembaca juga sependapat dengan saya bahawa “Usahkan nak dapat ucapan terima kaseh, malah dianiaya dan dizalimi pula”, Lepas tu lagi diberhentikan kerja tanpa notis, Tak ke naya namanya.
Bila ditanya, alasan yang diberikan adalah “Sekarang ni pengurusan baru, kalu hal yang dulu tanyalah pengurusan dulu”, dengan kata lainnya LEPASTANGAN LAA TUU.
Recent Comments