Isu lompat pati bukan segala-galanya bagi penyelesaian yang mutlak. Hari ini lompat ke Pakatan Rakyat esok kepada BN mungkin lusa lompat kepada PR balik dan tulat kepada BN pula. Itulah senarionya yang akan berlaku jika suatu keputusan yang terbaik tidak dibuat.
Unsur-unsur kesetiaan dan kepatuhan yang berpandukan kepada otak dan nafsu sahaja tanpa bertunjangkan kepada aqidah adalah satu pagar yang tidak kukuh di dalam hati mereka itu untuk tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Agama itulah yang menjadi benteng terhadap apa-apa terjahan yang menerkam mereka.
Itulah kualiti yang ada kepada sesetengah Wakil Rakyat di Perak. Suatu pengajaran kepada saf kepimpinan parti-parti di dalam PR agar di masa-masa akan datang, pemilihan calon mestilah ada garis panduan yang ketat dan terbaik.
Isu pertukaran kerajaan dari PR kepada BN bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ianya pernah berlaku di Kelantan, Trengganu dan juga pernah dilakukan di Sabah. BN akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa semula di negeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang samada dengan cara baik atau jahat. Sebab memang kerja IBLISnya begitu. Cuma apa yang penting bagi kita ialah sekiranya kita sudah tahu itulah kerja-kerja IBLIS maka kenapa kita masih tidak belajar bagaimana untuk menghadapinya?
KELANTAN adalah guru yang terbaik setakat ini kerana Kelantan pernah melaluinya. Bagaimana Kelantan menghadapi isu dengan Istana yang pernah suatu masa merekalah yang menjadi penyokong kuat kepada raja-raja dalam soal pindaan perlembagaan mengenai imuniti.
Bagaimana Pas Kelantan menghadapi isu memerintah bersama Parti Semangat 46 yang berkesudahan Semangat 46 dibubarkan oleh presidennya sendiri yang akhirnya ramai juga yang menyertai semula umno dan selebihnya menyertai Pas.
Lihatlah bagaimana Kelantan memerintah dengan kelebihan satu kerusi dan apa yang paling perlu dipelajari ialah bagaimana Pas memerintah Kelantan sehingga ke hari ini. Bagaimana Kelantan berhadapan dengan Umno Kelantan yang lebih ganas dari umno-umno yang lainnya dalam soal mengganggu gugat pentadbiran Kerajaan PAS di negeri tersebut.
Kesemua pengajaran itu ada di dalam diri pemimpin dan rakyat Kelantan.
Bukan senang memerintah sebuah negeri yang “dikepung dari segenap sudut oleh serigala-serigala yang ganas dan tidak berperi kebinatangan”. Tok Guru mentadbir dengan begitu cermat sebagaimana amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Rakyat menjadi rakan karib yang amat akrab dalam menjalani pemerintahan. Mendengar rintihan mereka, menunaikan amanah dan janji mereka, melihat kesusahan dan kesenangan mereka, menerima pelawaan mereka, merakyatkan wakil rakyat dan pegawai-pegawainya dan boleh dikatakan tidor bangun rakyat Kelantan adalah bersama Tok Guru.
Bukan soal ego atau “AGAH” tetapi hakikat yang perlu diterima oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat bahawa mereka perlu belajar dari Kelantan. BN atau Umno adalah satu parti yang telah sekian lama memerintah negara ini. Jahat dan baik mereka – sudah lama mereka pelajari dan amat mengetahui mengenai bagaimana memerintah sesebuah negeri. Pengalaman yang mereka ada telah memudahkan mereka merancang dan melakukan sesuatu yang mana Pakatan Rakyat masih mentah dalam soal itu.
Kementahan itulah yang sedang di alami oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sekarang ini.
Apapun keputusan yang bakal dibuat oleh Al-Sultan Perak nanti, Terpaksa kita hadapi dan terimanya dengan dada yang terbuka. Tapi apapun hanya pembubaran DUN sahaja yang boleh memuaskan hati semua pihak – rakyat, PR dan BN.
Walau bagaimanapun Pakatan Rakyat masih bernasib baik kerana rakyat bersama dengan mereka. Rakyat faham dan bersimpati dengan apa yang berlaku. BN tidak mungkin selamat dalam hal ini hatta mampu menubuhkan kerajaan sekalipun, PRU13 nanti rakyat sudah pasti akan mengajarnya kembali kerana kuasa rakyat telah dinafikan oleh BN.
BN sebenarnya tidak menyukai adanya pilihanraya baru akan tetapi BN juga tidak akan selamat dari malapetaka di masa hadapan sekiranya memerintah dengan cara “ tidak bertamadun ini ”.
Serah mandat kepada rakyat biarkan rakyat yang menjadi pengadilnya. Istana selamat, rakyat selamat dan parti-parti politikpun selamat.
Leave a Reply