Posted by: emashitam | October 26, 2008

Politik untuk semua

Saya melahirkan rasa kecewa kerana ada pihak yang mengatakan saya bertanggungjawab apabila laman-laman web jagaan Global Media Channel tidak dapat dicapai baru-baru ini, khususnya laman YB Dato’ Husam www.husammusa.com.

Mungkin kerana ada yang berpendapat begitu besar pengaruh saya di dalam syarikat, menyebabkan saya berkuasa untuk berbuat demikian untuk protes dan melahirkan rasa tidak puas hati.

Memang saya berlatarbelakangkan politik, dan mereka yang menuduh juga adalah di kalangan orang yang berpolitik. Saya masih baru dalam bidang teknologi maklumat walaupun sekarang berada di peringkat usia 50an. Saya belajar dari mereka yang lebih arif tentang dunia IT, menulis blog ini adalah percubaan saya yang pertama setelah budaya menggunakan emel sebelum ini gagal saya turuti.

“Sabotaj” dan “protes” mungkin dijadikan alasan kenapa saya dituduh berbuat begitu. Saya seorang kakitangan syarikat, juga sahabat kepada YB Dato’ Husam sejak beliau baru berjinak dalam dunia politik, maka tiada sebab untuk saya “mengarahkan” supaya laman web berkenaan disekat.

Walaupun kadang-kadang seronok bila dianggap seolah-olah saya berkuasa seperti berada dalam KDN mahupun SKMM untuk menyekat laman web, tapi  keseronakan itu hanya tanggapan orang sedangkan tuduhan sebegitu saya anggap sebagai satu penghinaan terhadap diri saya. Lebih baik saya gunakan “kuasa” tersebut untuk menyekat laman web antihusam.blogspot.com?

Saya menganggap mereka ini seperti setengah-setengah pengguna bekalan air di Kelantan. Apabila bekalan air terputus, bercatu atau tidak bersih, dikatakan AKSB tidak cekap dan prihatin akan masalah mereka.

Apabila bekalan air dipotong, dikatakan AKSB khianat dan zalim pada rakyat. Walhal, mereka sedar bahawa yang mereka sepatutnya menjelaskan bil-bil air tersebut lebih dahulu.

Jika kita pandai berbincang untuk mendapatkan semula bekalan yang dipotong baik air mahupun elektrik, kenapa kita tidak boleh berbincang untuk perkhidmatan web yang disekat?

Sebaliknya kenapa pula sibuk menelefon sana dan sini bertanya, “goni kijea sapo dio? Mat Pauh ko?”


Responses

  1. Bila kawe baco tulise ni, braso x brapo ce sapo nulih. Guano leh bahaso comey bedooh? Tapi bilo kawe ingat matpauh ni dulu cikgu, takpoa la.. srupo nulih tesis gitu.

    Deme loni badi slow bedooh, bakponyo deme dop henyak lawe deme srupo dulu2? Matpauh dulu tu, kalau keno srupo ni gak, katok doh sapo hok kato gitu.

    Takpo la mat, sabo banyok. Guano pun kawe respek deme srupo dulu gak

  2. […] kepada tulisan saya sebelum ini tentang laman web tersebut. Nyata jauh berbeza gaya bertanya seorang pemimpin dengan seorang […]

  3. inilah manusia….manusia yg menurut apa saja tanpa usul periksa terus menuduh.manusia seperti semoleknya dipanggil ‘ore bodo’.gaya bersikap matang dlm politik..tp otak masih ‘bodo’.teruskan perjuangan mu emashitam.kalo bleh..dedahkan manusia tu

  4. Wak sayang do oh ko mat pauh kita. Biar apa orang lain kata, wak tetap bersama dengan mat pauh. Wak teringat juga masa muda-muda dulu waktu mat pauh dok Kuala Krai. Dia tampar cina sampai jebok mulut. Lepas tu di pulih pulok. Tapi la ni mat pauh tak cekak doh……sekeh pun rebah….kua, kua, kuaaaaaaaa

  5. tok seko la jadi mcm ni…tapi kobkita..reboh mat pauh..byk lagi mat naik.tulong sekeh utk mat pauh..tu pun kalu mat pauh xcekat.lamo…sakit buleh,malu buleh.duk pero apo bare buruk..wak lari pitis ore,buke skit…tp ore sini bodo.cayo..keno tipu baru nok kabar.sblm keno tipu..buko la mato,buko lah telingo wahai ore2 weh.tgk molek hok mano kaco,hok mano permato.lain lah ore sudoh ditawarkan komisyen…hahaha..nok nnt kelik jah.nok tulong tamboh…kua,kua….hahahaha

  6. itu la asam garam kehidupan selagi kita bernama hamba Allah.Moga-moga kita dilindungi oleh-Nya

  7. Kalu mat pauh nak pitis royat la…amba sanggup bui berapa nak… amba sayang ko mat pauh serupa amba sayang ko jimi dan sapuan. tapi mat kena ingat juga kalu dok main lagu ni wakman jual lembu sekandang pun tak cukup nak bui. Kot mana-mana pun mat pauh kena dok sekali dengan amba dalam kawasan melor lepas ni. Tolong la amba sekali mat dehhh.

  8. Amba baru tengok semalam blog ni. Tu pun ada saing royat blog ni panas jugak. so amba pun masuk la. Sebenarnya Mat kena ingat bahawa sokongan yang padu harus diberikan sepenuhnya kepada Dato’ Husam atau orang berbaju petak merah. Amba kalu boleh di Rantau Panjang nak calon Dato’ Husam sebagai Timbalan Presiden dalam milih parti tahun depan. Hok ni sebutir Mat Pauh kena sokong amba dan kena kubang biar Dato’ Husam mene. Harap Mat Pauh boleh main. Lepas tu Kena calon juga Dato’Halim atau Dato Wan Rohim sebagai Naib Presiden.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: